Pages

Link buat duit secara online;

Membina dan Menulis Blog

     Anda tahu apa itu blog? Ok.. Apa pun penjelasan dan kefahaman anda tentang blog itu terpulang kepada setiap individu. Ramai rakyat Malaysia terutamanya muda-mudi masa kini suka menulis blog. Mereka menulis mengenai diri mereka, keluarga, kawan-kawan, berkongsi tips, berkongsi pendapat, malah ada yang menulis blog untuk melempiaskan kemarahan terhadap pihak lain.

    Sebagai rakyat Malaysia yang berbudi bahasa, kita tidak sepatutnya menulis blog yang bertujuan untuk memprotes atau memburuk-burukkan pihak lain. Sungguh tidak berbaloi.. Daripada membuat perkara-perkara negatif begitu, apa kata kita menulis blog yang boleh membawa keuntungan misalnya berblog sambil menjana duit pendapatan melalui Google Adsense, Nuffnang, Says, dan sebagainya.




    Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat blog seperti ini. Jika anda orang baru dan belum tahu caranya, ikutlah langkah-langkah ini...

1. pergi ke http://www.blogger.com/ untuk mendaftar dan mendesign blog, anda perlu ada email dari Google (http://www.gmail.com/).

2. Setelah siap mendaftar sebagai blogger, anda klik create a blog pada ruangan Dashboard.

3. Letak tajuk blog yang anda ingin pada ruangan Blog title

4. Pilih nama url blog yang anda suka, boleh letak nama anda sendiri juga url tu.

5. Taip captcha atau huruf yang diberikan, jika huruf besar maka anda kena taip huruf besar la kalau huruf kecil kena taip huru kecil juga laa..

6. Klik Continue

7. Selepas itu anda perlu memilih design untuk blog anda sebelum meneruskan langkah untuk mula menulis blog.

8. Selepas selesai tujuh langkah diatas, anda kini sudah boleh menulis blog milik anda sendiri. Langkah seterusnya ialah bagaimana untuk meletakkan iklan dari Google Adsense, Nuffnang dan sebagainya..


Buat duit dengan Google Adsense 
                                              Contoh iklan adsense

                                         
Pernahkah anda melihat iklan sebegini? 
    Adakah anda tahu bahawa anda sebenarnya boleh membuat duit dengan iklan sedemikian? Ya.. Ia adalah Google Adsense iaitu salah satu program perkongsian pendapatan daripada iklan yang paling popular di seluruh dunia..
Semua Orang Boleh Buat Duit dengan Google Adsense.. 

     Adsense adalah program pengiklanan dari Google. Dengan Adsense, sekiranya anda mempunyai laman web, anda boleh memohon untuk menyertai program ini. Sekiranya permohonan diterima, Google akan meletakkan iklan berbayar dalam laman web anda. Dan sekiranya laman web anda dikunjungi orang, dan mereka klik pada iklan tersebut, anda akan mendapat sedikit habuan daripada itu.

Mungkin anda tak faham dari mana duit itu datang.
Sebenarnya, Google mempunyai satu lagi program bernama Adwords. Program ini adalah berlawanan dengan program Adsense. Program Adwords merekrut mereka yang ingin mengiklankan perniagaan mereka. Dan pengiklan ini akan dicaj mengikut jumlah klik yang dijana. Iklan-iklan ini pula akan diagih-agihkan kepada jutaan laman web yang menganggotai program Adsense.

Langkah-langkah di bawah amat penting untuk mula membuat duit dengan Google Adsense;
Bangunkan blog/laman web seperti orang lain.
Pohon akaun Google Adsense
Letak iklan Google pada laman web anda.
Bawa pelawat ke laman web anda.
Pelawat klik iklan
Google caj pengiklan
Anda mendapat bayaran daripada Google setelah cukup USD100 (RM300)

Langkah-langkah meletak iklan adsense kedalam blog/laman web anda akan saya terangkan nanti.


Buat duit dengan Nuffnang
 Apa itu Nuffnang?

Nuffnang adalah sebuah program buat duit seperti program yang lain iaitu berlandaskan kepada konsep Pay Per Click lebih kurang macam Google Adsense, tetapi nuffnang lebih kepada iklan bergambar.
Nuffnang memberi kemudahan pengiklan untuk mengiklankan produk mereka di blog-blog yang mendaftar dengan Nuffnang.
                                                      
                                                             Contoh iklan Nuffnang


  
Buat duit dengan ChurpChurp

 


ChurpChurp adalah sebahagian daripada Nuffnang namun begitu Churpchurp ni lebih banyak persamaan dengan Says.my (Youthsays). Perbezaannya cuma Says.my adalah untuk belia beliawanis yang berumur 21 tahun kebawah, umur lebih dari tu masih boleh join tapi banyak aktiviti dan program terhad. Sementara Churpchurp untuk mereka yang berumur 15 tahun keatas.

Apa yang ada dalam Churpchurp?
Paling popular dalam Churpchurp ialah kongsi kempen iklan ke facebook atau twitter. Setiap klik  dapat 20sen hingga 40sen. Kalau anda kongsi 10 kempen dan dapat 10 klik setiap satu kempen tersebut, jumlah pendapatan ialah RM20. Itu contoh jer ya..

Schedule Tweet
jika anda sudah mempunyai akaun Twitter dan mempunyai followers melebihi 25 orang, Churpchurp akan memberi anda Schedule Tweet. Bagi sesiapa yang masih tidak tahu, kita akan diberi bayaran bagi setiap Schedule Tweet yang kita perolehi walaupun iklan yang kita promosikan tidak diklik.